**Berita KRT**

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI, PEMERIKSAAN KESIHATAN & PERGIGIAN (percuma), KEMPEN DERMA DARAH serta PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TADIKA 2009:

TARIKH: 21 NOVEMBER 2009.

MASA: 8.00 PAGI - 1.30 TENGAHARI.

TEMPAT: SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAM JAIM, SERKAM DARAT(Taman Serkam Jaya).

Kepada semua penduduk taman dan kawasan sekitar dijemput hadir. Terima kasih.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PAMERAN SEWAKTU PROGRAM DIJALANKAN

DARIPADA AGENSI DADAH, PEJABAT KESIHATAN DAN BANK AL RAJHI serta PENDAFTARAN MENJADI ANGGOTA RELA


Datanglah beramai-ramai serta membawa ahli keluarga anda


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



**Berita KRT**

Program Masyarakat Sihat Negara Sejahtera 21 November 2009


PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI, PEMERIKSAAN KESIHATAN & PERGIGIAN (percuma), KEMPEN DERMA DARAH serta PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TADIKA 2009.
Dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj.Ahmad Bin Hj. Hamzah (Ahli Parlimen Jasin)



Selasa, 24 November 2009

Program "Masyarakat Sihat Negara Sejahtera" 2009


Pada 21 November 2009: YB Datuk Wira Hj. Ahmad Bin Hj Hamzah (Ahli Parlimen Jasin) telah sudi menyempurnakan Majlis Perasmian Program "Masyarakat Sihat, Negara Sejahtera" yang dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT Serkam Darat/Taman Bukit Serkam) bersama Tabika Perpaduan Bukit Serkam,RELA Kawasan DUN Serkam dan UMNO serta Pergerakan Pemuda Bukit Serkam. Program ini telah menyediakan aktiviti-aktiviti menarik seperti Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan & Pergigian, Pameran Kesihatan, Pameran Bank Al-Rajhi (Caw.Melaka) dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tabika. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Perpaduan Daerah Jasin; Pn. Norhafizah Binti Che'Ibrahim yang telah merasmikan Laman Blog KRT Serkam Darat (Taman Bukit Serkam).
Jawatankuasa program mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada syarikat dan individu yang telah memberikankan sumbangan. Begitu juga kepada individu yang menyumbangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. Jawatankuasa program juga merakamkan jutaan terima kasih kepada para pelajar Tingkatan 6 Bawah Munshi Sek. Men, Seri Mahkota iaitu seramai 16 orang yang diketuai oleh Nur Aziela Binti Ramli diiringi Guru Penolong Kanan Ko-Ku Tingkatan 6 (En Azizan Azit) kerana bersama mencurahkan khidmat bakti mereka membantu kelancaran majlis ini. Penghargaan dan setinggi terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Pejabat Rela Daerah Jasin, Tabung Darah Hospital Melaka, Klinik Kesihatan Merlimau, Klinik Pergigian Poliklinik Umbai, Klinik Kesihatan Sungai Rambai, AADK Daerah Jasin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penghulu Zakariah Bin Abu Bakar serta semua Jawatankuasa KRT, Tabika Perpaduan, RELA DUN Serkam, UMNO dan Pergerakan Pemuda Bukit Serkam kerana bersama menggembeleng tenaga menjayakan program ini.

Sabtu, 21 November 2009

Aktiviti KRT 2008




LAPORAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2008

5.1. Menghantar 40 peserta Sempena Hari Perpaduan anjuran JPNIN Negeri Melaka
di Dataran Air Keroh,Melaka. Pelbagai aktiviti dan pertandingan dijalankan.

5.2. Hadir ke Majlis Dailog pada 20.2.2008 di Bilik Gerakan Seri Negeri Air Keroh, Melaka antara J/K RT dengan YAB Ketua Menteri Melaka anjuran Jab.Ketua Menteri Melaka.

5.3. Menghantar 40 peserta di Majlis Perasmian Bangunan baru Pejabat JPNIN Daerah
Jasin yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka.

5.4. Membantu dan hadir di Majlis Perasmian Bangunan Baru Sek.Ren.Agama Islam
JAIM di Taman Serkam Jaya oleh YAB.Datuk Seri Mohd.Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.

5.5. Mengadakan Gotong-Royong mengecat dan membersihkan persekitaran balai raya
Bukit Serkam anjuran bersama KRT dan Umno.Pebelanjaan mengecat atas sumbangan
Umno Cawangan Bukit Serkam.

 

5.6. Majlis Pelancaran Jiran Muda/ Penubuhan Belia 4B serta Majlis Meraikan Puan Siti
Zuraidah dan Encik Sidek dari JPNIN Daerah Jasin. Dirasmikan oleh YB.Encik Hasan
Ab.Rahman, Timbalan Pengerusi Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri Melaka.

5.7. Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki
peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM diSurau Bukit Serkam, Taman Serkam Jaya.

5.8. Program membuat dan mengagihkan Bubur Lambuk anjuran bersama Kumpulan
Jiran Wanita,Umno Cawangan di Surau Bukit Serkam atas sumbangan penduduk.

5.9. Menganjurkan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Malam Ambang Merdeka 2008
5.9.1    Gotong Royong memasang bendera Jalur Gemilang pada 16.8.2008
5.9.2    Aktiviti Sukan untuk kanak-kanak dan sukaneka pada 28.8.2008
5.9.3    Seminar Pengisian Kemerdekaan dari pihak BTN Negeri Melaka.
5.9.4    Majlis Sambutan Ambang Merdeka, pertandingan mewarna kanak-kanak,
pertandingan gubahan, persembahan karaoke bunga api dan lain aktiviti.

5.10. 25 orang terlibat membantu majlis Rumah Terbuka YB.Tuan Hj Ghazale Muhamad
Adun Kawasan Serkam, semperna Hari Raya Aidil Fitri dikompleks Japerun Serkam.

5.11. KRT dengan kerjasama Umno Bukit Serkam mengadakan Majlis Sambutan Hari
Raya Aidil Fitri dan Meraikan Bendahari KRT yang akan menunaikan Haji. Sumbangan
pada anak-anak yatim,fakir miskin serta pelajar cemerlang dalam UPSR.

5.12. Membantu menjayakan program Hari Raya dan Penyampaian hadiah anjuran
Tabika Perpaduan Bukit Serkam diPusat RT Taman Serkam Jaya.

5.13. Pada 29.11.2008,KRT dengan Kerjasama Umno Bukit Serkam menganjurkan
Berkhatan beramai-ramai,bertindik,Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan dengan
pihak Poliklinik Komuniti Umbai dan Unit Tabung Darah Hospital Besar Melaka.Majlis
tersebut diadakan diSek.Ren.Agama JAIM dan dirasmikan oleh YB Hasan b. Ab.Rahman.

5.14. Terlibat dalam kerja Gotong-Royong Korban sempena Aidil Adha. Program ini
telah diadakan di pekarangan Surau Bukit Serkam,Taman Serkam Jaya.

5.15. Kumpulan Jiran Muda mengadakan aktiviti sepak takraw,futsal,bola tampar serta
terlibat dalam aktiviti seperti Sukan Melaka,Kembara Merdeka,acara sukan peringkat
Dun Serkam dalam pelbagai kegiatan sukan dan riadah.

5.16. Jiran Wanita mengadakan kelas anyaman rotan,masakan dibawah bimbingan
Kemas,Senamrobik,Kelas Fardu Ain,Yaasin dan Kelas Agama pada setiap minggu.

5.17. 5 orang Ahli Jawatankuasa KRT dipilih menduduki JKKK Kampung Serkam Darat
bagi Tahun 2008.

Disediakan oleh Ali Hasan Adon (Timbalan Pengerusi KRT)

Jumaat, 20 November 2009

Peta Lokasi Taman Bukit Serkam



 

Lokasi KRT Taman Bukit Serkam



Khamis, 19 November 2009

Aktiviti-aktiviti KRT Tahun 2007



1. Pada 15.02.2007, Majlis Perjumpaan Kelas Kemahiran/ Pendidikan Kemas serta
Penubuhan J/Kuasa Jiran Wanita Program dengan Kerjasama Kemas Parlimen Jasin.

2. Mengadakan pertandingan persahabatan bola tampar Kumpulan Jiran Muda dengan
pekerja Industri,Warganegara asing di balai raya Bukit Serkam.

3. Menghantar peserta Jiran Muda ke program Kembara Zakat anjuran Pusat Zakat
Negeri Melaka peringkat Dun Serkam.

4. Pada 14.4.2007 Kumpulan Jiran Muda menyertai pertandingan Sepak Takraw yang
dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda Umno Dun Serkam di SK Serkam Darat.

5. Setiap petang Sabtu dan Khamis, kumpulan Jiran Wanita menjalankan aktiviti
senamrobik di balai raya Bukit Serkam, Taman Serkam Jaya.

6. Pada 3.05.2007 Rukun Tertangga dengan kerjasama Majlis Pebandaran Jasin dan
Umno Bkt.Serkam mengadakan gotong-royong, pembersihan kawasan Surau, Pusat
RT, Balai Raya dan mencantas pokok-pokok di kawasan Perumahan Bukit Serkam.

7. Mengadakan Sambutan Hari Ibu anjuran bersama Perkumpulan Wanita Jasin
dirasmikan oleh YB.Datuk Abu bin Pit di balai raya Bukit Serkam. Pelbagai acara dan
aktiviti dijalankan.

8. Mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Bukit Serkam dengan kerjasama
Biro Tatanegara, Umno, Wanita dan Pemuda di Surau Bukit Serkam. Penceramah daripada JAIM. Dirasmikan pada 16.5.2007 oleh YB. Datuk Wira Ahmad bin Hamzah.

9. Menganjurkan Liga Sukan Komuniti Rakan Muda Jiran Muda pada 21 & 22.07.2007
Pertandingan yang dijalankan iaitu bola jaring, bola sepak dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tabika. Majlis penutup disempurnakan oleh YB.Datuk Wira Ahmad Hamzah di Dewan Sekolah Keb.Serkam Darat.

10. Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 50 peringkat Bukit Serkam telah diadakan
dengan Gabungan Umno dan Tabika Perpaduan. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti berikut :
a) Mengadakan Aktiviti Sukaneka dan Indogame pada 19.08.2007
b) Majlis Pelancaran Jalur Gemilang dan Sukan Rakyat pada 26.8.2007
disempurnakan oleh Pen.Pegawai JPNIN Daerah Jasin
c) Majlis Sambutan Ambang Merdeka, pertandingan mewarna kanak-kanak,
pertandingan gubahan, pakaian beragam, bunga api dan lain-lain aktiviti.
Dirasmikan oleh YB.Datuk Wira Ahmad Hamzah di balai raya Bukit Serkam.

11. Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri, Deepavali dan meraikan Bakal Haji telah diadakan
pada 11.11.2007. Tetamu kehormat : YB. Datuk Wira Ahmad Hamzah bertempat di balairaya Bukit Serkam, Taman Serkam Jaya.

12. Pada 1.12.2007 diadakan program Berkhatan beramai-ramai, bertindik, derma darah
pemeriksaan pergigian dan pemeriksaan kesihatan. Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen
Jasin bertempat di SRAIJ Serkam Darat dan balai raya Bukit Serkam.

13. Menghantar 15 orang peserta ke Seminar Keselamatan Kejiranan Peringkat Negeri
di dewan MITC, Air Keroh anjuran JPNIN Negeri Melaka, RT dan Polis DiRaja Malaysia. Majlis dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd.Ali Rostam, Ketua Menteri Melaka.

Profile Taman Bukit Serkam




PROFIL / LATAR BELAKANG BUKIT SERKAM                                         

Kawasan Parlimen                                          :   JASIN

Nama YB Ahli Parlimen                                  :   YB. DATUK WIRA HJ.AHMAD BIN HJ.HAMZAH

Kawasan Dewan Undangan Negeri                 :   SERKAM

Nama YB ADUN                                            :   YB.DATUK HJ.GHAZALE BIN MUHAMAD

Daerah / Bahagian                                            :   JASIN

Nama Pegawai Daerah                                     :   ENCIK AB.HALIM BIN AHMAD

Mukim                                                             :   SERKAM

Nama Penghulu Kawasan Dun                          :   ENCIK ZAKARIAH BIN ABU BAKAR

Nama Kawasan Pentadbiran JKKK                 :   JKKK KAMPUNG SERKAM DARAT

Nama Kawasan Pentadbiran                            :   PERUMAHAN BUKIT SERKAM /
KG.BUKIT SERKAM

Nama-Nama Taman Perumahan                       :   TAMAN SERKAM JAYA
Kawasan Bukit Serkam                                    :   TAMAN SERKAM JAYA FASA II
    (SERKAM PERDANA)
                                                                        :   TAMAN SERKAM BARU
                                                                        :   TAMAN SERKAM MAJU
                                                                        :   TAMAN SERKAM RIA/ SERKAM MAJU
    FASA II

No Telefon / No.Fax                                       :   06 - 2635786 / HP 016 - 6488986

Alamat Surat-Menyurat                                   :  PUSAT RUKUN TETANGGA BUKIT
  SERKAM
                                                                        :   TAMAN SERKAM JAYA
                                                                           77300 MERLIMAU. MELAKA.
                                                                                       Atau
                                                                           JA 2293,TAMAN SERKAM JAYA
                                                                           77300 MERLIMAU. MELAKA.
                                               
Nama Aktiviti Dipohon/ DiTubuhkan                :   J/KUASA KEMAJUAN DAN
   KESELAMATAN BANDAR
                                                                        :   JKKB  ATAU  JKKK

Nama Organisasi/Persatuan yang                      :   UMNO CAWANGAN BUKIT SERKAM
Memohon                                                        :   KAW. RUKUN TERTANGGA DAN
   GABUNGAN

Nama Organisasi/Persatuan yang Terdapat Di kawasan Bkt.Serkam

1)  UMNO CAWANGAN BUKIT SERKAM              


2)  KRT SERKAM DARAT/ SEKTOR BKT.SERKAM

3)  M.I.C CAWANGAN TAMAN SERKAM JAYA               

4)  PPP CAWANGAN TAMAN SERKAM JAYA


5)  J/KUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN
 

6)  J/KUASA PENAJA BELIA 4B CAW.BUKIT SERKAM

7)   LEKAS SEK.AGAMA JAIM SERKAM DARAT

8)   J/KUASA PENDIDIKAN KEMAHIRAN WANITA

9)  KOMPANG KRT BUKIT SERKAM


10) KUMPULAN YAASIN/ MARHABAN BUKIT SERKAM

Nama dan Sejarah Awal Taman Perumahan Bukit Serkam



Perumahan Bukit Serkam terletak di Kampung Bukit Serkam di dalam pentadbiran JKKK Serkam Darat, Mukim Serkam Daerah Jasin, Negeri Melaka. Bukit Serkam merupakan kawasan Pertanian. Menurut Sejarah, Bukit Serkam adalah nama Asal Kampung Serkam Darat. Pada Abad ke 17, Kampung ini diterokai oleh Daeng Mohd.Said atau Dato' Langgar yang dipercayai berasal dari Makasar, Kepulauan Sulauwiseh.

Perumahan Bukit Serkam bermula pada Tahun 1976, Kawasan ini adalah Ladang Getah milik Hee Kong Guan Eastate. YB.Datuk Ab.Aziz bin Hj Alias bekas ADUN Kawasan Serkam bercadang untuk dibahagikan lot untuk Tapak Rumah tetapi gagal dan diserahkan kepada Syarikat Seremban Harta Sdn.Bhd untuk projek perumahan. Seluas 30 ekar dibangunkan dan sebanyak 208 lot. Pada Tahun 1978, projek perumahan ini terbengkalai, hanya 111 unit rumah dapat dilaksanakan.

Akhirnya, atas usaha YAB.Tun Ghafar Baba pada tahun 1986 Taman Serkam Jaya telah mendapat bekalan air dan eletektrik. Bermula dari inilah telah menjadikan Kawasan Bukit Serkam terus menjadi tumpuan pembangunan kawasan perumahan yang terbesar di kawasan Dun Serkam. Di antara Projek Pembangunan/ Perumahan adalah seperti berikut :

1) Taman Serkam Jaya Fasa I
Bil : 111 Unit 6 Unit Kedai

2) Taman Serkam Perdana/ S.Jaya Fasa II
Bil : 28 Unit

3) Taman Serkam Baru
Bil : 56 Unit 5 Unit Kedai

4) Taman Serkam Maju
Bil : 138 Unit 13 Unit Kedai

5) Taman Serkam Ria Fasa I (Dlm Pembinaan)
Bil : 258 Unit 18 Unit Kedai

Bilangan Taman Yang Telah Lulus tapi belum dilaksanakan :

1) Taman Serkam Perdana/ S.Jaya Fasa III
Bil : 43 Unit

2) Taman Serkam Ria Fasa II
Bil : 252 Unit

3) Taman Serkam Utama
Bil : 167 Unit

Pembangunan yang pesat di persekitaran menjadikan perumahan ini kawasan yang cepat maju dengan adanya kemudahan seperti Sek.Keb.Serkam Darat, Sek.Men.Agama Assadiah Khatijah, Kompleks Japerun, Kawasan Industri Serkam dan Perumahan Seri Serkam yang terdapat 1,100 unit rumah sudah pasti kawasan ini merupakan penempatan penduduk yang menarik perhatian terutama dekat dengan Lebuhraya AMJ dan 18 Kilometer ke Bandar Melaka.

Serkam merupakan kawasan terkenal dengan melahirkan cendiakawan, pelupur Agama Cerdik Pandai dan kawasan yang menarik minat untuk didiami. Melaka yang menuju sebagai Negeri Maju menjelang Tahun 2010 maka Kawasan Perumahan Bukit Serkam akan dapat menerima limpahan-Nya. Kaum Melayu menjadi teras kekuatannya Maka Bukit Serkam terus unggul dan menjadi kawasan penempatan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

AHLI JAWATANKUASA KRT 2009-2010



SENARAI AHLI JAWATANKUASA KRT SERKAM DARAT ( BUKIT SERKAM )
BAGI TAHUN 2009 HINGGA 2010


PENASIHAT
PEGAWAI PERPADUAN DAERAH JASIN
   Pengerusi

: Encik Samsudin bin Maiden 
   Timbalan Pengerusi
: Encik Ali Hassan bin Hj Adon PJK
   Setiausaha

: Encik Ismail bin Md Sani
   Penolong Setiausaha
: Encik Mohd Padzliee bin Paijau
   Bendahari

: Tn Hj Hamzah Bin Husin


   Ahli Jawatankuasa
: Ust. Ab Rahman bin Bidin PJK



: Encik Azizan bin Azit



: Puan Hjh Kalsom bte Osman



: Encik Rostam bin Adam



: Encik Puah Kim Hock



: Puan Zurinah bte Harun



: Puan Rosita bte Md.Isa



: Puan Norhayati bte Ab Samad



: Encik Sathasivam A/L Sivalingam



: Encik Khamis bin Ramli



: Encik Sabri bin Ishak



: Encik Hamsan bin Saiman



: Puan Faridah bte Ab.Rahman



: Puan Suraini bte Zahari



: Puan Norsiah bte Abdullah



: Encik Ab.Malek bin Abdullah



: Encik Wong Yew Meng



: Encik Jayaramachandran A/L Balasingam



: Encik Azman bin Abu






   Pemeriksa Kira-Kira I
: Encik Awang bin Mat
   Pemeriksa Kira-Kira II
: Encik Zamri bin Misran
 


Rabu, 18 November 2009

Skim Rukun Tetangga


 
Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.


Sambutan Ambang Merdeka

Program-program Anjuran Bersama

Program Khidmat Masyarakat

Hari Raya 2009